Nasi dagang
Ahad, 4 Julai 2010
Nasi dagang
Bahan-bahan
1 kg beras dagang (direndam)
20gm halia
10gm bawang putih (dihiris)
20gm bawang merah ros (dihiris)
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam'
1/2 sudu teh halba
200 ml santan
Cara-cara membuat
Kukus beras dagang selama 30 minit dan gaulkan santan dan semua bahan-bahan yang lain. Kukus semula selama lebih kurang 20 minit.
Resepi Kari Ikan Tongkol
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol yang telah dipotong
Serbuk kari ikan
Kerisik
Santan
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Sedikit halba
Daun kari
Cili merah untuk hiasan
Cara-cara
Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan halba. Kemudian, masukkan daun kari. Tumis sehingga naik bau. Masukkan serbuk rempah kari ikan. Kemudian, masukkan santan. Renihkan selama 5 minit. Masukkan ikan tongkol. Masak sehingga ikan lembut. Hidangkan bersama nasi dagang.
Langgan:
Catatan (Atom)